" KECEMERLANGAN BERTERUSAN "

Hidup ini penuh dengan cabaran, hadapilah ia dengan ketabahan dan kekuatan iman. Kecemerlangan bukanlah terletak pada kekuatan fizikal tapi letaknya pada kekuatan mental seseorang.

Saturday, January 30, 2010

TUGAS-TUGAS GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.

Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum murid / pelajarnya.
Kepakaran dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:

KECEMERLANGAN PERIBADI
KECEMERLANGAN PENGETAHUAN &KEMAHIRAN
KECEMERLANGAN KERJA
KECEMERLANGAN KOMUNIKASI
KECEMERLANGAN POTENSI


TUGAS GURU CEMERLANG
Tugas Utama ( A )
Membuat perancangan pembelajaran dan pengajaran supaya dapat mencapai tahap yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua/PPD dan mengajar mata pelajaran kepakarannya.
Peratusan Masa 70 %

Tugas Utama ( B )
Memimpin atau membantu dalam tugas Kurikulum dan Kokurikulum berkaitan dengan mata pelajarannya.
Peratusan Masa 10 %

Tugas Utama ( C )
Melaksanakan tugas khusus bimbingan murid/pelajar serta peningkatan profesionalisma guru-guru di sekolahnya.
Peratusan Masa 10 %

Tugas Utama ( D )
Melaksanakan tugas-tugas khas yang diberi oleh PPD, Pengarah JPN, Pengarah Bahagian dengan restu KPPM.
Peratusan Masa 10 %

No comments:

Post a Comment